Friday, February 17, 2012

Taklimat Program NILAM 2012



Pada 15 Februari 2012, telah diadakan Taklimat Perlaksanaan Program NILAM SK Kampong Gelam di Makmal Komputer. Taklimat telah dihadiri oleh semua guru dan telah disampaikan oleh Guru Perpustakaan dan Media SK Kampong Gelam; En. Abdullah bin Salam.

Selamat Datang Pn. Hjh. Rojaha (GPK 1)



Pada 9 Januari 2012, warga SK Kampong Gelam telah menerima seorang GPK 1 yang baru iaitu Pn. Hjh. Rojaha bt. Mohd. Som yang sebelum ini telah berkhidmat di SK Sungai Udang, Melaka. Semoga kehadiran beliau akan dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah daripada aspek kurikulum terutamanya. Selamat berkhidmat puan..

Orientasi PSS Murid Tahun 1 2012




Pada 5 Januari 2012 telah diadakan program orientasi PSS untuk murid baru Tahun 1 2012. Program bermatlamat memperkenalkan komponen-komponen PSS kepada murid-murid.