Tuesday, December 13, 2011

Anugerah NILAM Hari Kualiti 2011



Pada 15 November 2011 telah diadakan Majlis Sambutan Hari Kualiti SK Kampong Gelam. Di antara anugerah yang disampaikan pada hari tersebut ialah anugerah NILAM murid Tahap 1 dan 2. Tokoh NILAM Tahap 1 telah dimenangi oleh Nur Jannah binti Abdullah dari kelas 3 Kreatif dan Tokoh NILAM Tahap 2 telah dimenangi oleh Muhammad Aiman Daniel bin Norizan dari kelas 6 Kreatif. Para pemenang telah menerima sebuah basikal, piala dan sijil.

Jamuan Akhir Tahun PSS 2011




Pada 8 November 2011 telah diadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun PSS SK Kampong Gelam. Jamuan ini bermatlamat bagi menghargai jasa para Pengawas PSS dan Pengawas ICT serta Jawatankuasa Kerja PSS yang telah berkhidmat di sepanjang tahun 2011.

Minggu ICT 2011




Pada 26 September 2011 telah diadakan Majlis Pelancaran Minggu ICT SK Kampong Gelam. Program tahunan ini telah dirasmikan oleh En. Kamaruddin bin Kassim (PTP BTPN Melaka). Pelbagai aktiviti ICT yang telah dijalankan di sepanjang minggu ini.

Penutup Bulan Membaca dan Minggu PSS 2011




Pada 16 Ogos 2011 telah diadakan Majlis Penutup Bulan Membaca dan Minggu PSS. Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Zaidi bin Jaafar (PTP PKG Kg. Gelam). Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan ini. Antaranya pertandingan bercerita bahasa melayu dan Inggeris, pertandingan slaid powerpoint dan teka silang kata, pertandingan mewarna dan melukis kulit buku, pertandingan ucapan terbaik, pertandingan mengarang sajak dan pantun serta Tokoh NILAM. Pertandingan peminjam BBM terbanyak di kalangan guru telah dimenangi oleh En. Nor Rahman bin Mohd. Pertandingan membina BBM interaktif antara panitia pula telah dimenangi oleh Panitia Kemahiran Hidup.

Wednesday, July 27, 2011

PSS SK Kampong Gelam

Pelancaran 'Buletin MINDA SKKG'




Pada 12 Julai 2011 juga 'Buletin MINDA SKKG' terbitan Pusat Sumber dengan kerjasama semua panitia mata pelajaran dan Unit Kaunseling SK Kampong Gelam telah dilancarkan. Buletin terbitan ke-6 ini mengandungi 56 muka surat termasuk kulit. Pelbagai bahan ilmiah, hasil nukilan guru dan murid, kartun serta peraduan telah disediakan di dalam buletin ini yang akan diperbanyak dan disebarkan kepada seluruh warga sekolah.

Pelancaran Bulan Membaca & Minggu PSS 2011




Pada 12 Julai 2011 telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Membaca dan Minggu PSS SK Kampong Gelam bagi tahun 2011. Majlis telah dirasmikan oleh En. Musman bin Saleyo Pegawai Teknologi Pendidikan BTP Negeri Melaka. Pelbagai aktiviti telah dirancang sehingga 8 Ogos 2011. Minggu PSS pula dilaksanakan aktivitinya daripada 12 hingga 15 Julai 2011. Pelbagai aktiviti ke arah penyemaian tabiat membaca dalam kalangan murid-murid telah dirancang dan dilaksanakan.

Lawatan SK Kem Terendak 1



Pada 30 Jun 2011, PSS SK Kampong Gelam telah menerima kunjungan 20 orang guru daripada SK Kem Terendak 1. Program Perkongsian Ilmu ini telah membolehkan pertukaran idea di antara guru-guru PSS SK Kampong Gelam dengan guru-guru SK Kem Terendak 1. Program dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Tayang dan seterusnya sesi lawatan ke setiap bilik komponen PSS SK Kampong Gelam. Terima kasih diucapkan atas kesudian kunjungan tersebut.

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Datang Guru Besar Baru En. Md. Yusof bin Baba



Pada 5 April 2011, SK Kampong Gelam telah mula diteraju oleh Guru Besar yang baru iaitu En. Md. Yusof bin Baba yang sebelum ini merupakan Guru Besar di SK Kem Terendak. Seluruh warga SK Kampong Gelam amat mengalu-alukan kepimpinan beliau. "Selamat Berkhidmat Cikgu...".

PERSARAAN GURU BESAR TN. HJ. ROSLI BIN ABU BAKAR





Pada 5 April 2011 telah diadakan Majlis Persaraan Guru Besar SK Kampong Gelam Tn. Hj. Rosli bi Abu Bakar. Majlis telah diadakan di Dataran Perhimpunan. Pelbagai aktiviti dan persembahan telah dipersembahkan. Tuan Guru Besar telah mula berkhidmat di sekolah ini mulai 1 April 2009. Beliau dan isteri telah diarak menggunakan kereta kuda. "Selamat Bersara Cikgu".

Sunday, March 27, 2011

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2011






Pada 7 Mac 2011, telah dilancarkan Program NILAM SK Kampong Gelam. Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan oleh GPK 1 iaitu Pn. Hjh. Maznah bt. Salleh. Pemilihan Pembaca Terbanyak Mengikut Aliran akan dilaksanakan dua bulan sekali serta diberikan hadiah. Tokoh NILAM keseluruhan bagi murid Tahap 1 dan Tahap 2 masing-masing akan menerima hadiah berupa sebuah basikal. Hadiah Pengunjung Perpustakaan Paling Popular juga disediakan dua kali setahun untuk murid setiap tahap.

Sunday, January 16, 2011

JAMUAN PSS 2010




Pada 9 November 2011, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun. Jamuan ini telah disertai oleh semua Pengawas PSS & ICT, guru-guru PSS dan pihak pentadbir.

LAWATAN PSS KE NEGERI SEMBILAN




Pada 4 November 2011, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Sembilan. Lawatan ini telah disertai oleh 40 orang Pengawas PSS dan ICT serta 4 orang guru. Antara tempat yang dilawati ialah Rumah Api Tanjung Tuan, Pantai Telok Kemang, Muzium Tentera Darat dan Kota Lukut.

Thursday, January 13, 2011

ORIENTASI PUSAT SUMBER (MURID TAHUN 1; 2011)




Pada 7 Januari 2011, murid-murid Tahun 1 telah diperkenalkan kepada komponen Pusat Sumber Sekolah SK Kampong Gelam terutamanya perpustakaan. Mereka juga telah diperjelaskan tentang peranan Pusat Sumber Sekolah. Selain itu, peraturan am dan kaedah sirkulasi bahan juga telah diberikan penerangan. "Selamat Datang Warga Baru SKKG".