Friday, November 5, 2010

MAJLIS SUMBANGAN SYARIKAT POWERTEK




Pada 15 Oktober 2010 telah berlangsung Majlis Sumbangan Syarikat Powertek untuk sekolah-sekolah kawasan Tanjung. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam. Perpustakaan SK Kampong Gelam telah menerima 4 unit penghawa dingin berjenama York. Kini, suasana perpustakaan adalah lebih kondusif dan telah berjaya meningkatkan jumlah pengunjung. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan.

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. KAMARIAH




Majlis Persaraan Pn. Hjh. Kamariah bt. Abu Hassan (GPK 1 merangkap Timb. Penasihat PSS)telah diadakan pada 3 September 2010. Beliau telah diraikan oleh seluruh warga SKKG. Selamat Bersara.. dan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala sumbangan beliau selama ini..

Thursday, August 5, 2010

Penutup Bulan Membaca



2 Ogos 2010 telah diadakan Majlis Penutup Bulan Membaca. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan kepada murid-murid yang berjaya dalam aktiviti yang telah dijalankan. Adik Muhd. Nur Afiq bin Zolkiple daripada kelas 3 Kreatif telah muncul sebagai Tokoh NILAM Tahap 1, mana kala adik Nur Aina binti Azarudin daripada kelas 6 Progresif untuk Tahap 2. Pertandingan Membina BBM Aplikasi Komputer Antara Panitia pula telah dijuarai oleh Panitia Matematik diikuti Panitia Bahasa Inggeris sebagai Naib Johan dan Ketiga Panitia Kemahiran Hidup. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat.

Thursday, July 29, 2010

LAWATAN KEMPEN MEMBACA MAJALAH KUNTUM





28 julai 2010, Krew Majalah Kuntum telah mengadakan Lawatan Kempen Membaca. Mereka tiba bersama maskot mereka Si Pintar. Ketibaan telah disambut dengan persembahan tarian oleh murid-murid. Sesi kuiz dan bergambar telah diadakan bersama murid-murid Tahun 4 dan 5. Murid-murid sangat gembira pada hari itu. Terima kasih KUNTUM.

Friday, July 9, 2010

Minggu Pusat Sumber 2010





Minggu Pusat Sumber telah dilancarkan oleh Tn. Hj. Rosli bin Abu Bakar, Guru Besar SK Kampong Gelam pada 5 Julai 2010 dan akan berlangsung selama seminggu sehingga 9 Julai 2010. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Pertandingan Membina BBM Aplikasi Komputer antara Panitia Mata Pelajaran, Pertandingan Mewarna dan Melukis Kulit Buku, Pertandingan Mengarang Pantun dan Sajak Jasa Guru, Pertandingan Teka Silang Kata ICT, Pertandingan Aplikasi Power Point Murid Tahap 2 dan Rancangan Sampaikan Salam kepada Guru.

Program Bulan Membaca 2010


Program tahunan Bulan Membaca telah dilancarkan oleh Guru Besar Tn. Hj. Rosli bin Abu Bakar pada 5 Julai 2010. Program ini akan berlangsung hingga 2 Ogos 2010. Pelbagai aktiviti telah dan akan dilaksanakan seperti Pertandingan berkaitan pembacaan, Aktiviti Bacaan Pagi, Pertandingan Tokoh NILAM Tahap 1 dan Tahap 2 dan pameran Tokoh Novelis Muda di perpustakaan.

Sunday, June 13, 2010

Mathematics Day


10 Mei 2010. Pelancaran Hari Matematik oleh En. Salleh bin Sawabi Penyelia Kanan Cemerlang Matematik JPN Melaka. Program tahunan ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan kecemerlangan Matematik di sekolah ini.

Minggu ICT


3 Mei 2010. Minggu ICT telah dilancarkan di SK Kampong Gelam. Program ini telah dilancarkan oleh Penolong Pengarah BTP Negeri Melaka Tn. Hj. Amir bin Basar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Unit Bestari yang diketuai oleh Pn. Siti Hajar Goh binti Abdullah pada minggu tersebut.

Astro Kampus


Trak Astro Kampus telah mengadakan lawatan ke SK Kampong Gelam pada 2 Mac 2010 dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena promosi Astro Kampus ini. Murid-murid telah mengambil bahagian yang aktif di dalam semua aktiviti. Terima kasih Astro.

Wednesday, May 12, 2010

Pelancaran Program NILAM 2010


Pelancaran Program NILAM telah dilaksanakan pada 1 Mac 2010.
Ketua Guru NILAM iaitu Pn. Juridah bt. Bador dan Guru NILAM iaitu Cik Hjh. Hamimah bt. Mohd. Taha telah dilantik secara rasminya oleh Tuan Guru Besar.