Monday, September 3, 2012

Sambutan Hari Guru 2012












Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Kampong Gelam telah diadakan pada 16 Mei 2012. Majlis telah berlangsung dengan meriah. Majlis sambutan khas untuk guru dan staf pula telah diadakan di Hotel Puri, Melaka. Perjalanan pergi dan balik menggunakan bas yang disewa khas. "Selamat Hari Guru".

Minggu Matematik




Pada 8 Mei 2012 telah dilancarkan Minggu Matematik SK Kampong Gelam. Pelbagai aktiviti Matematik telah disediakan untuk merangsang minat murid-murid terhadap Matematik.

Minggu ICT






Pada 30 April 2012 telah dilancarkan Minggu ICT SK Kampong Gelam. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Tn. Haji Amir bin Basar Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh Unit ICT sepanjang minggu ini bagi mencapai Visi ICT "Semua Warga SKKG Celik ICT Menjelang Tahun 2015.

Lawatan Penanda Aras PSS MGS 2



Pada 25 April 2012, PSS SK Perempuan Methodist 2 telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke PSS SK Kampong Gelam. Lawatan disertai 10 murid dan 3 orang guru. Pelbagai perkara tentang pengurusan PSS telah dapat dikongsi semasa lawatan ini.

Minggu Bahasa Inggeris


Pada 17 April 2012, Minggu Bahasa Inggeris telah dilancarkan. Pelbagai aktiviti keilmuan yang melibatkan warga sekolah telah dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Inggeris sepanjang minggu ini.

Minggu Bahasa Arab



Pada 9 April 2012 telah dilancarkan Minggu Bahasa Arab. Pelbagai aktiviti telah diatur dan dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Arab untuk manfaat murid-murid.

Friday, February 17, 2012

Taklimat Program NILAM 2012



Pada 15 Februari 2012, telah diadakan Taklimat Perlaksanaan Program NILAM SK Kampong Gelam di Makmal Komputer. Taklimat telah dihadiri oleh semua guru dan telah disampaikan oleh Guru Perpustakaan dan Media SK Kampong Gelam; En. Abdullah bin Salam.

Selamat Datang Pn. Hjh. Rojaha (GPK 1)



Pada 9 Januari 2012, warga SK Kampong Gelam telah menerima seorang GPK 1 yang baru iaitu Pn. Hjh. Rojaha bt. Mohd. Som yang sebelum ini telah berkhidmat di SK Sungai Udang, Melaka. Semoga kehadiran beliau akan dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah daripada aspek kurikulum terutamanya. Selamat berkhidmat puan..

Orientasi PSS Murid Tahun 1 2012




Pada 5 Januari 2012 telah diadakan program orientasi PSS untuk murid baru Tahun 1 2012. Program bermatlamat memperkenalkan komponen-komponen PSS kepada murid-murid.