Wednesday, July 27, 2011

PSS SK Kampong Gelam

Pelancaran 'Buletin MINDA SKKG'




Pada 12 Julai 2011 juga 'Buletin MINDA SKKG' terbitan Pusat Sumber dengan kerjasama semua panitia mata pelajaran dan Unit Kaunseling SK Kampong Gelam telah dilancarkan. Buletin terbitan ke-6 ini mengandungi 56 muka surat termasuk kulit. Pelbagai bahan ilmiah, hasil nukilan guru dan murid, kartun serta peraduan telah disediakan di dalam buletin ini yang akan diperbanyak dan disebarkan kepada seluruh warga sekolah.

Pelancaran Bulan Membaca & Minggu PSS 2011




Pada 12 Julai 2011 telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Membaca dan Minggu PSS SK Kampong Gelam bagi tahun 2011. Majlis telah dirasmikan oleh En. Musman bin Saleyo Pegawai Teknologi Pendidikan BTP Negeri Melaka. Pelbagai aktiviti telah dirancang sehingga 8 Ogos 2011. Minggu PSS pula dilaksanakan aktivitinya daripada 12 hingga 15 Julai 2011. Pelbagai aktiviti ke arah penyemaian tabiat membaca dalam kalangan murid-murid telah dirancang dan dilaksanakan.

Lawatan SK Kem Terendak 1



Pada 30 Jun 2011, PSS SK Kampong Gelam telah menerima kunjungan 20 orang guru daripada SK Kem Terendak 1. Program Perkongsian Ilmu ini telah membolehkan pertukaran idea di antara guru-guru PSS SK Kampong Gelam dengan guru-guru SK Kem Terendak 1. Program dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Tayang dan seterusnya sesi lawatan ke setiap bilik komponen PSS SK Kampong Gelam. Terima kasih diucapkan atas kesudian kunjungan tersebut.